Wednesday, March 5, 2008

MAKLUMAT KAMPUNG

SEJARAH RINGKAS KAMPUNG

Jijan adalah sebuah nama kampung yang unik dimana terletak di Mukim Labu dalam kawasan Nilai, daerah Seremban di Negeri Sembilan. Ianya terletak bersempadan dengan Negeri Selangor yang berkeluasan 1000 ekar dimana pintu masuk utama melalui Pekan Salak, Kuarters KLIA, Kota Seriemas dan dari Kampung LBJ.

Kampung Jijan dihubungkan melalui 3 rangkaian lebuhraya utama iaitu Lebuhraya Utara Selatan, Lebuhraya ELITE dan Lebuhraya Putrajaya KLIA. Jarak dari Kampung Jijan ke Putrajaya ialah 20 km manakala ke KLIA adalah sejauh 10 km. Jarak ke Kuala Lumpur adalah 60 km dan ke pekan Seremban pula sejauh 20 km.

Mengikut sejarah yang diceritakan oleh Datuk Muda Labu - Datuk Razali Bin Said (menjadi Datuk Muda Labu sejak dari tahun 1998-2004). Kampung Jijan diterokai oleh Pawang Lajak bersama pengikutnya Jemudo Komih dan tujuh orang pengiringnya meneroka Kampung Jijan dalam tahun 1918 dimana telah diperintahkan oleh Datuk Muda Labu supaya mencari penempatan yang baru, sehinggalah sampai ke kawasan penempatan orang asli.

Di kawasan tersebut terdapat sungai yang mempunyai lopak-lopak air seperti dicincang dan mempunyai banyak ikan dan ketika Pawang Lajak melaporkan penempatan baru itu kepada Datuk Muda Labu maka Pawang Lajak menamakan tempat itu tanah yang dicincang-cincang. Pada masa yang sama pekerja-pekerja Ladang Chevoit yang berbangsa Jawa datang membina penempatan di kawasan tersebut kerana ianya mempunyai kemudahan pengairan dan mempunyai tanah yang subur dan terdapat banyak ikan.

Pada tahun 1930, Penghulu Zainal Lati (Penghulu Labu pada masa itu) ingin mendaftarkan kampung itu dan bertanyakan kepada penduduk keturunan Jawa yang tinggal disitu pada masa itu dimana hasil loghat Jawa bercampur dengan Melayu, menjadi perkataan “Cincang” menjadi “Jijan” maka kekallah nama Jijan sehingga kini.

Ketua Kampung Jijan yang pertama pada masa itu ialah Datok Hj. Hitam dari tahun 1937 hingga tahun 1955. ketua kampong Jijan yang kedua ialah En. Sarponen dari tahun 1955 hingga tahun 1960. Kemudian pada tahun 1960 hingga 1970 ialah Tn. Hj. Mat Selar Bin Salleh. Ketua Kampung Jijan yang keempat ialah Tn. Hj. Bidin Bin Osman dari tahun 1970 hingga tahun 1973, kemudian diganti oleh Tn. Hj. Mat Selar Bin Salleh dari tahun 1973 hingga 1978.

Pengerusi JKKK yang pertama ialah Tn. Hj. Sidik Bin Boyadi bermula pada tahun 1978 hingga 1989, kemudian diganti oleh Tn. Hj. Abdullah Bin Miskun dari tahun 1989 hingga 1992. Pengerusi JKKK yang ketiga ialah Tn. Hj. Abu Bakar Bin Boyadi dari tahun 1992 hingga tahun 2000. Pengerusi JKKK yang keempat ialah Tn. Hj. Wardi Bin Sipon dari tahun 2000 sehinggalah sekarang.


BUTIRAN KAMPUNG JIJAN

Nama Parlimen : Rasah
Nama Ahli Parlimen : YB. Dato’ Goh Siow Huat
Dewan Undangan Negeri : Labu
Nama DUN : YB. Dato’ Hj. Mohd Shahlan Bin Hj. Shaid
Daerah : Seremban
Nama Pegawai Daerah : Tuan Abd Razak Bin Abd Rahman
Mukim/ Daerah : Labu/ Nilai
Nama Penghulu Mukim : En. Mazli Bin Mohd Yassin


PEMANDANGAN KG. JIJAN DARI UDARA

PROFIL KAMPUNG

1. Tarikh Penempatan : 1918

2. Keluasan Kampung : 1000 ekar

3. Asal Tanah : Tanah Pamah dan Gravel

4. Penggunaan Tanah :

a)Kediaman - 619 e
b)Pertanian - 381 e

5. Hasil Kampung Dan Penggunaan Tanah :

a) Getah - 7%
b) Kelapa Sawit - 10%
c) Limau Nipis/ Purut - 0.3%
d) Dusun Buah-buahan - 4%
e) Tanaman Kontan - 8%
f) Kolam Ikan Terbiar - 0.5%

6. Kemanusiaan :

a) Jumlah Penduduk - 1625 orang
Melayu - 1610 orang
India - 10 orang
Lelaki - 82 orang
Wanita - 938 orang

b) Bilangan Rumah - 500 buah

c) Pekerjaan Penduduk
Petani - 163 orang
Peniaga - 488 orang
Kakitangan Kerajaan - 81 orang
Kakitangan Swasta - 488 orang
Tidak Bekerja - Tiada



2 comments:

Nurhidayah said...

Assalamu'alaikum . Boleh saya dapatkan nombor tefon JKKK Kampung Jijan . Saya nak dapatkan maklumat mengenai beliay dan Kampung Jijan untuk tugasan etnik saya .

Unknown said...

👍👍👍