Wednesday, March 5, 2008

PETA LOKASI

PETA LOKASI KAMPUNG JIJAN






PERTUBUHAN DAN NGO

PERTUBUHAN DAN NGO KAMPUNG JIJAN

a) JKK Kampung Jijan


b) GDW Kampung Jijan


c) Pergerakan UMNO Cawangan Jijan
d) Pergerakan Wanita UMNO Cawangan Jijan
e) Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Jijan
f) Pergerakan Puteri UMNO Cawangan Jijan
g) Pergerakan Belia 4B Jijan (Baru)
h) Tabika KEMAS Jijan
i) Masjid Saidina Abu Bakar
j) Pendidikan Kesejahteraan Keluarga (PKK)
k) Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)
l) PIBG Sekolah Rendah Jijan

KOMUNITI

PRASARANA

a) Jalan
Jalan Tar JKR - 5 km
Jalan Tar Taraf Pejabat Daerah - 5.5 km
Jalan Tanah Merah - 2.5 km

b) Bekalan Air Paip - 100%

c) Bekalan Elektrik - 100%

d) Masjid - 1 buah
Surau - 2 buah

e) Sek. Ren. Kebangsaan - 1 buah

f) Sek. Ren. Agama - 1 buah

g) Perpustakaan Desa - 1 buah

h) Dewan Orang Ramai - 1 buah

i) Klinik Desa - 1 buah

j) Telefon Awam - 2 buah

PEM. SOSIO EKONOMI

EKONOMI KAMPUNG

PROJEK-PROJEK KAMPUNG JIJAN

a) Projek Kesenian

Nama projek ialah Seni Silat Chakarla . Projek tersebut telah dibincangkan dengan JKKK, AJK Masjid dan Belia serta Beliawanis. Tua-tua silat juga telah dimaklumkan dan disahkan tiada persatuan yang telah didaftarkan di kampung ini. Beliau telah mendapatkan panduan dan nasihat dari pihak-pihak tertentu seperti Polis, Penghulu Mukim, Jabatan Belia dan Sukan Seremban dan Pendaftar Pertubuhan Seremban.


b) Projek Kebudayaan

Nama projek ialah Kebudayaan Tradisi iaitu Caklempong,Tari Gelombang, Langkah Pahlawan, dan Tarian Tradisional. Idea tersebut telah dibincangkan dengan GDW Kampung Jijan dan Tuan Hj. Abu Bakar b. Boyadi (Pengerusi JKKK Jijan) serta YDP Seni Silat dan ahli serta Pegawai (Nazir) Masjid. Ianya diurus dibawah nama Kesenian dan Kebudayaan GDW Kampung Jijan. Panduan dan nasihat Jabatan Kebudayaan, MTPNNS KEMAS Rasah dan Jabatan Mufti Negeri Sebilan dirujuk.

Lain-lain projek kebudayaan:

1. Persatuan Seni Silat Chakarla Kampung Jijan (M) NSDK.
2. Kelab Kesenian dan Kebudayaan TBK KEMAS Kampung Jijan.
3. Kelab Kompang Kampung Jijan.
4.Badan Kesenian dan Kebudayaan Pendidikan, Kekeluargaan dan Kesejahteraan Keluarga (PKK KEMAS) Kampung Jijan.
5. Badan Kesenian dan Kebudayaan Masjid Saidina Abu Bakar Kampung Jijan.


c) Projek Ekonomi


1. Projek kimpalan


2. Projek ternakan kambing dan lembu


3. Projek memproses Makanan ringan


4.Projek Bengkel Perabot

5. Projek Bengkel kereta

6. Projek kontraktor binaan
7. Projek Tapai ubi kayu dan taufu faa

8. Projek dodol

9. Projek Tempe

10. Projek Tanaman Ubi

11. Projek Tanaman Buah Naga

12. Projek Tanaman Limau Nipis

13. Projek Pembuatan Kek

MAKLUMAT KAMPUNG

SEJARAH RINGKAS KAMPUNG

Jijan adalah sebuah nama kampung yang unik dimana terletak di Mukim Labu dalam kawasan Nilai, daerah Seremban di Negeri Sembilan. Ianya terletak bersempadan dengan Negeri Selangor yang berkeluasan 1000 ekar dimana pintu masuk utama melalui Pekan Salak, Kuarters KLIA, Kota Seriemas dan dari Kampung LBJ.

Kampung Jijan dihubungkan melalui 3 rangkaian lebuhraya utama iaitu Lebuhraya Utara Selatan, Lebuhraya ELITE dan Lebuhraya Putrajaya KLIA. Jarak dari Kampung Jijan ke Putrajaya ialah 20 km manakala ke KLIA adalah sejauh 10 km. Jarak ke Kuala Lumpur adalah 60 km dan ke pekan Seremban pula sejauh 20 km.

Mengikut sejarah yang diceritakan oleh Datuk Muda Labu - Datuk Razali Bin Said (menjadi Datuk Muda Labu sejak dari tahun 1998-2004). Kampung Jijan diterokai oleh Pawang Lajak bersama pengikutnya Jemudo Komih dan tujuh orang pengiringnya meneroka Kampung Jijan dalam tahun 1918 dimana telah diperintahkan oleh Datuk Muda Labu supaya mencari penempatan yang baru, sehinggalah sampai ke kawasan penempatan orang asli.

Di kawasan tersebut terdapat sungai yang mempunyai lopak-lopak air seperti dicincang dan mempunyai banyak ikan dan ketika Pawang Lajak melaporkan penempatan baru itu kepada Datuk Muda Labu maka Pawang Lajak menamakan tempat itu tanah yang dicincang-cincang. Pada masa yang sama pekerja-pekerja Ladang Chevoit yang berbangsa Jawa datang membina penempatan di kawasan tersebut kerana ianya mempunyai kemudahan pengairan dan mempunyai tanah yang subur dan terdapat banyak ikan.

Pada tahun 1930, Penghulu Zainal Lati (Penghulu Labu pada masa itu) ingin mendaftarkan kampung itu dan bertanyakan kepada penduduk keturunan Jawa yang tinggal disitu pada masa itu dimana hasil loghat Jawa bercampur dengan Melayu, menjadi perkataan “Cincang” menjadi “Jijan” maka kekallah nama Jijan sehingga kini.

Ketua Kampung Jijan yang pertama pada masa itu ialah Datok Hj. Hitam dari tahun 1937 hingga tahun 1955. ketua kampong Jijan yang kedua ialah En. Sarponen dari tahun 1955 hingga tahun 1960. Kemudian pada tahun 1960 hingga 1970 ialah Tn. Hj. Mat Selar Bin Salleh. Ketua Kampung Jijan yang keempat ialah Tn. Hj. Bidin Bin Osman dari tahun 1970 hingga tahun 1973, kemudian diganti oleh Tn. Hj. Mat Selar Bin Salleh dari tahun 1973 hingga 1978.

Pengerusi JKKK yang pertama ialah Tn. Hj. Sidik Bin Boyadi bermula pada tahun 1978 hingga 1989, kemudian diganti oleh Tn. Hj. Abdullah Bin Miskun dari tahun 1989 hingga 1992. Pengerusi JKKK yang ketiga ialah Tn. Hj. Abu Bakar Bin Boyadi dari tahun 1992 hingga tahun 2000. Pengerusi JKKK yang keempat ialah Tn. Hj. Wardi Bin Sipon dari tahun 2000 sehinggalah sekarang.


BUTIRAN KAMPUNG JIJAN

Nama Parlimen : Rasah
Nama Ahli Parlimen : YB. Dato’ Goh Siow Huat
Dewan Undangan Negeri : Labu
Nama DUN : YB. Dato’ Hj. Mohd Shahlan Bin Hj. Shaid
Daerah : Seremban
Nama Pegawai Daerah : Tuan Abd Razak Bin Abd Rahman
Mukim/ Daerah : Labu/ Nilai
Nama Penghulu Mukim : En. Mazli Bin Mohd Yassin


PEMANDANGAN KG. JIJAN DARI UDARA

PROFIL KAMPUNG

1. Tarikh Penempatan : 1918

2. Keluasan Kampung : 1000 ekar

3. Asal Tanah : Tanah Pamah dan Gravel

4. Penggunaan Tanah :

a)Kediaman - 619 e
b)Pertanian - 381 e

5. Hasil Kampung Dan Penggunaan Tanah :

a) Getah - 7%
b) Kelapa Sawit - 10%
c) Limau Nipis/ Purut - 0.3%
d) Dusun Buah-buahan - 4%
e) Tanaman Kontan - 8%
f) Kolam Ikan Terbiar - 0.5%

6. Kemanusiaan :

a) Jumlah Penduduk - 1625 orang
Melayu - 1610 orang
India - 10 orang
Lelaki - 82 orang
Wanita - 938 orang

b) Bilangan Rumah - 500 buah

c) Pekerjaan Penduduk
Petani - 163 orang
Peniaga - 488 orang
Kakitangan Kerajaan - 81 orang
Kakitangan Swasta - 488 orang
Tidak Bekerja - Tiada